Bila bulan puasa je, kak noor pasti rasa nak makan wajik atau nasi manis. Bila pergi ke bazar ramadhan, kak noor tengok ada wajik yang dijual berwarna coklat (gula merah) dan ada yang warna putih (gula putih). Hari ni kak noor rasa nak makan wajik (walaupun bukan bulan puasa). Mengidam pulak haha. Bila dah buat wajik ni, ramai yang komen sedap (perasan). Apa??? Nak resepi??? Boleh aje..biar dapur berbicara pada selera anda..
Wajik @ Nasi Manis
Bahan A
3 cawan beras pulut
3 cawan air
1 cawan santan cair
1 helai daun pisang
Bahan B
2 keping gula melaka
3 cawan air
1 cawan santan cair
Sedikit garam
Sehelai daun pandan
Cara-cara
1. Masukkan bahan A dalam alat pengukus dan lapikkan daun pisang di bawahnya. Kukus selama 30 minit.
2. Sementara menunggu bahan A siap dikukus, panaskan bahan B dalam kuali sehingga mendidih.
3. Setelah bahan A siap dikukus, masukkan ke dalam kuali dan gaulkan bersama bahan B yang telah dimasak tadi.
4. Kak noor suka gaulkan dalam 10 minit sahaja kerana kak noor suka tekstur wajik yang tak berapa lembut. Kalau ada yang suka wajik yang lembut, anda boleh tambah air sedikit semi sedikit sehingga anda mendapat tekstur yang anda mahu.
5. Akhir sekali, masukkan adunan wajik yang digaul dalam kuali tadi ke dalam bekas yang besar (kak noor guna tupperware segi empat). Kemudian, ratakan adunan wajik kita supaya senang nak potong bila nak makan nanti.
6. SIAP DAN BOLEH DIHIDANGKAN. SELAMAT MENCUBA.

No comments:
Post a Comment